Hari ini, semua sibuk nak tulis ucapan kemerdekaan. Rasa bangga juga semasa menurunkan catatan di kain putih tu. Yelah... kita ni walaupun lahir pada zaman dah merdeka, tapi dalam suasana negara masih belum kukuh dalam semua aspek. Tahun-tahun 60an dan 70an, almaklumlah mana ada teknologi macan hari ini. Mesin ATM pun tak ada lagi, apa lagi telefon bimbit jangan haraplah. pendek kata serba serbi tak macam hari ini.
Tulis ucapan semua orang boleh. Tapi... sedih sangat tengok orang kita hari ini. Anak muda hanya ambil kemajuan fizikal, kemajuan rohani langsung tak dipeduli. Orang dewasa sama juga..masih dijajah. Yang bertanggungjawab jaga kedaulatan bahasa, merekalah yang robohkan, yang sepatutnya malu dengan korupsi, merekalah yang jadi pendokong korupsi. Macam mana kata dah merdeka.
Rasanya kita kena buat sesuatu. Walaupun dah parah, sekurang-kurangnya ada yang kita usahakan. Yang Islam kenalah ikut ajaran suci tu keseluruhannya. Jangan ambil sebahagian buang sebahagian. Institusi keluarga harus kita mantapkan. Dulu ada cadangan ibu bapa diberi kursus keibubapaan. Tapi tinggal cadangan. Sepatutnya diteruskan. Sekurang-kurangnya 5 tahun sekali ibu bapa diberi kursus berkenaan. Anak-anak kecil lain cara didikannya, dah masuk sekolah menengah lain pula caranya...bila dah dewasa pendekatannya dah tak sama. Daripada kita habiskan duit dengan penganjuran hiburan yang tak tentu faedahnya, baik kita salurkan untuk ini.
Kemerekaan kita Pertahankan, Kemajuan kita Usahakan, Keperibadian kita mantapkan.
Isnin, 4 Ogos 2008
Jumaat, 1 Ogos 2008
Sejarah SPM 2008
Tentang Blog Saya
Assalamualaikum...salam sejahtera. Blog ini bertujuan membantu para pelajar mengenai subjek Sejarah SPM dan Bahasa Melayu STPM. Sekali-sekala saya juga akan cuba menyampaikan mengenai pembentukan personaliti remaja. Segala yang akan saya tulis di ruangan ini hanya dengan tujuan membentuk pelajar yang berkerampilan sama ada dalam aspek pengetahuan pelajaran mahupun keperibadian yang unggul.
Langgan:
Catatan (Atom)